Showing posts with label minat. Show all posts
Showing posts with label minat. Show all posts

19 April 2014

#Wordless #Saturday
























































15 December 2013

International Police Martial Art

Assalamualaikum w.b.k.t...

Yeayyyy Taekwondo lagi! Pada 06-07 Disember 2013 bertempat di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Terengganu telah berlangsung Seminar Seni Mempertahankan Diri peringkat Antarabangsa. Yeee saya terlibat heheee... Grand Master dan Master dari Indonesia, Thailand, Singapore, Malaysia dan tentu sekali dari Korea pun terlibat. Wakil dari Korea menghantar ramai wakil yang terdiri dari budak bawah umur hehee. Majoriti di kalangan mereka berumur dari 8 tahun hingga 19 tahun. Paling rendah tahap mereka adalah 3rd Dan! Omaiiigod!! saya dan rakan-rakan baru 1st Dan. Pastinya saya dan rakan-rakan berkomunikasi dengan peserta dari Korea umpama ayam dan itik berinteraksi. Rasanya semua tahukan, orang Korea mengagungkan bahasa ibunda mereka, jadi Bahasa Inggeris memang mereka kurang fasih. Walaubagaimanapun, mereka masih mampu tersenyum jika ditanya pelbagai soalan. Sehingga kini, kami masih berhubung dan saya perlu menggunakan bahasa Inggeris yang paling mudah supaya mereka faham. Sungguh hebat mereka semua. Program ini lebih menekankan kepada self defense. Jadi selepas ini, lebih tangkaslah kalau berlawan kan? Pengalaman tidak dapat dilupakan apabila dapat berlatih bersama peserta dari Korea. Sistem pembelajaran mereka sangat tegas. Apa yang saya lihat sepanjang seminar berlangsung, apabila jurulatih mereka panggil nama, secara spontan dan dengan lajunya mereka berlari terus meninggalkan segala kerja yang dilakukan. Sifat terlalu patuh dan tekun mereka patut dicontohi oleh peserta-peserta lain. Bukan hendak menidakkan kemampuan peserta Malaysia, tetapi tahap kepatuhan mereka lebih berbanding peserta dari negara lain. Kebiasaannya jika melibatkan seminar seni mempertahankan diri ni, sudah tentulah pengisiannya lebih kepada praktikal/amali. Teori pula hanya penerangan yang tak sampai 30minit pun. Tidak ketinggalan sesi bergambar juga :-) Jadi biarlah gambar di bawah yang berbicara kakaka ayatttttt...





Grand Master, Master serta wakil yang terdiri daripada Malaysia, Korea, Thailand, dan Singapore





Bersama rakan-rakan dan wakil dari Korea merangkap senior










Wakil demo paling "tua" dari Korea





"Oppa paling hensem!" CAIRRRRRR





Wakil dari Korea buat demo





Dapat kawan baru, yeayyyy!





Again!!! *pengsan jap*





Master dari Korea. Beliau fully using Korea language!





Master segala master heheee, Yaa respect him, Grand Master





Hopefully after this will meet again











Wakil perempuan dari Korea, hanya mereka berdua sahaja perempuan. Paling mengagumkan baru berusia 11 tahun sudah tahap 3rd Dan





*pengsan!!!!!*









11 June 2012

awesome and creative

Minat membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi.  Tak rugi kalau membaca, hairan juga manusia-manusia yang tidak berminat dengan aktiviti membaca. Tak kisahla digelar ulat buku ataupun skema, apa yang pasti ia merupakan satu kepuasan bagi diri sendiri. I dont care what kind of books, what important is booksssss, yeahhh buku, boleh buat i tersenyum okk. Sanggup search buku baru keluaran Ramlee Awang Murshid, Moh Dat, Aisya Sofea, Lily Haslina, Muhamad Alexander dan yang terbaru A Samad Said, Yaaaaa, sungguh obses orite. Beratus-ratus or ribu-ribu duit habis ke buku??? Lagi tak kisah..boleh diwarisi ke anak cucu nanti *berangan*. Macam manalah agaknya jika sudah mempunyai anak dan cucu, sama-sama berkongsi minat tekun membaca, wahhhh berangan lagi. WAJIB ok! "Kau duduk diam-diam disitu, baca buku ni sampai habis" , haaa memg menangis pelbagai irama la anak i nanti hehehe. Ok stop berangan dan merepek. Jika sudah minat membaca, of course la banyak koleksi buku serta memerlukan tempat untuk simpan. Omaigod! Kalau lah abah saya menyediakan ruang seperti perpustakaan di sekolah-sekolah or IPTA, memg sumpah anakmu ini tak akan keluar rumah hehehe. Dalam fikiran ni, kalau i ada rumah sendiri nanti, memg akan ada satu ruang khas untuk kesayangan i tu dan perlulah disimpan sebaik mungkin. Dan TERKEJUT ok, pelbagai rekabentuk menarik rak buku  seperti :-