Assalamualaikum w.b.t
Hari ini tiba-tiba teringat dekat blog ni. Sebelum ini, ingat je cuma tidak tahu hendak taip apa. Kadang-kadang entri ada, tajuk pula tidak tahu hendak letak apa. Seperti biasa, tiba hari Jumaat je, of course I akan menghilangkan diri terus dari Behrang tu, then muncul hadapan rumah family. *gembira sangat-sangat okeee* xkirala ad event ke, kelas...or whateverla. Tapi balik kali ini lebih kepada ingin melihat perkembangan adik bongsu yang baru je kena chickenpox or pelentung. Ohhhhh berjangkit ke..risau juga xleh exam nanti jawapnye. Tapi mama bagitahu yang dah pernah kena sekali, kebarangkalian untuk kena lagi amatla tipis. Then mama pesan juga kami tidak boleh melakukan aktiviti menggoreng sepanjang adik tidak sembuh lagi. What????? sapa cakap??? Tula pantang larang orang tua...ohh baru tahu, sebelum ini tidak pernah ambil tahu pun. Sejurus selepas itu, I pun serangla pak cik google, search banyak-banyak tentang pantang larang ni.. Ada yang logik dan ada yang sebaliknya. So, I nak share sikit-sikit pantang larang tersebut seperti di bawah :
1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul
2. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh
3. Di larang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti dikhuatiri emak mati
4. Di larang menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua
5. Di larang makan berubah tempat, nanti kawin ramai ( laki-laki je kot)
6. Makan pisang kembar, akan dapat anak kembar
7. Jangan potong kuku waktu malam, nanti pendek umur
8. Jangan duduk depan pintu, nanti lambat dapat jodoh
9. Jangan makan leher ayam, nanti waktu bersanding teleng kepala
10. Tidak boleh lalu di bawah jemuran, nanti sakit kepala
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Selebihnya cari kat pak cik google tu k???? Sebenarnya I rasa zaman dulu-dulu gemar menggunakan perkataan yang berlapik, thats why la wujudnya pantang larang ini semua. Seperti yang diketahui, era sekarang ini, cakap lepas je. Apa-apa pun terpulang pada diri sendiri ^_____^