Menurut cik gooogle ni... BULI bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Seterusnya akan membuatkan yang lemah patuh dan menghormati yang kuat kerana ketakutan. Berdasarkan kamus dewan bahasa dan pustaka pula, BULI ditakrifkan sebagai perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Haaa...mesti korang tertanya-tanya, knp lak buli tibe2 menjadi isu.... tadi time dalam bas perjalanan balik ke rumah...kejadian buli berlaku depan mate...astagfirullah...nk menitis air mate ble tgk bdk laki yang dibuli tu terduduk dan menahan kesakitan...ape pembuli tu xd perasaan keeee???? rasenye mereka adalah pelajar sekolah yang berdekatan. Sepatutnye kejadian seperti di bawah ini xperlu berlaku lagi...
Antara faktor-faktor kes buli ni terjadi ialah :
- Lambakan pelbagai bhan media yang memaparkan aksi ganas
- Pelajar melakukan perbuatan buli untuk seronok-seronok
- Pembuli menganggap perbuatan membuli adalah hobi
- Pembuli merasa hebat setelah membuli
- Pembuli tidak mendapat didikan agama yang seckupnya disamping kurang perhatian dari keluarga
- Kurang mendapat kerjasama dari ibubapa
- Langkah penguatkuasa yang makin lemah oleh pihak yang berkenaan
Kesimpulannya, gejala buli ini akan berkurangan jika pembuli itu sendiri mendapat kesedaran yang sewajarnya. Setiap manusia mempunyai tahap kesedaran yang berbeza-beza. Dan saya berharap pelajar yang saya lihat dibuli td...akan terselamat dari pembuli-pembuli tersebut... Mudah-mudahan..